Program Jom Sihat, Jadi Hebat PPR Kg Muhibbah
30 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2019, telah diadakan Program Jom Sihat, Jadi Hebat PPR Kg Muhibbah yang telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk & KRT PPR Kg Muhibbah Fasa 2. Program bermula seawall 8.00 pagi sehingga 1.00 petang telah diadakan di dataran pentas PPR Kg Muhibbah Fasa 2. Dianggarkan seramai 200 orang komuniti telah menyertai program ini dan mengikuti aktiviti-aktivit yang telah dianjurkan. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Astro Broadband.
Antara aktiviti yang dijalankan seperti Pemeriksaan kesihatan secara percuma, Khidmat nasihat penjagaan kesihatan, persembahan Zumba, Pertandingan melukis dan mewarna, jamuan makanan, Pameran dan aktiviti interaktif, Jualan usahawan tempatan dan cabutan bertuah. Program ini telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan mengukuhkan hubungan silaturahim sesame komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: